Muqaddimah مقدمة

Muqaddimah     مقدمة
Terlebih dahulu, saya mengucapkan selamat datang kepada pengunjung-pengunjung yang menziarahi blog ini. Terima kasih diucapkan kerana sudi berkunjung. Semoga ia dapat memberi faedah kepada pembaca sekalian.

Jeehan

Daerah Hulu Langat
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

Ahad, 2009 November 08

The Hashemite Kingdom of Jordan

Tahun 1993 hingga 1998, saya berada di Jordan kerana melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di “University of Jordan”. Umur saya ketika itu ialah di antara 18 hingga 23 tahun. Berkenaan dengan negara Jordan yang dikenali sebagai “The Hashemite Kingdom of Jordan”, saya catatkan kali ini.

Jordan di dalam bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan kejayaan. Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang daripada keturunan Nabi Nuh a.s.

Jordan merupakan sebuah kerajaan yang mengamalkan sistem demokrasi dan sistem monarki iaitu beraja. Ahli dewan undangan negeri dipilih melalui pilihanraya yang diadakan. Walau bagaimana pun, perlantikan Perdana Menteri terletak di tangan Raja dan tidak mempunyai tempoh yang tetap. Parti politik yang memerintah sekarang ialah Hizbu al-Watani atau Parti Negara.

Jordan terletak di Barat Daya Asia. Laut Mati terletak di negara ini. Ia merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1,300 kaki di bawah paras laut. Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin. Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk.

Jordan mengalami perubahan 4 musim. Musim luruh antara bulan September hingga November. Musim sejuk antara bulan Disember hingga Februari. Musim bunga antara bulan Mac hingga Mei. Musim panas antara bulan Jun hingga Ogos. Walau pun begitu, ia tertakluk kepada perubahan. Ini kerana, ketika saya berada di Jordan pada bulan Mac 1998, salji masih turun. Perbezaan waktu dengan negara kita pada musim panas ialah Malaysia lewat 5 jam. Manakala pada musim sejuk, perbezaan itu menjadikan Malaysia lewat 6 jam.

Jordan mempunyai populasi penduduk seramai 6,198,677 orang (statistik Julai 2008). 92 % penduduk beragama Islam, 6 % Kristian dan 2 % lain-lain agama (statistik 2001). Bahasa Arab ialah bahasa kebangsaan Jordan dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama. Selain itu, Bahasa Perancis juga dituturkankan. Amman ialah ibu negara Jordan dan ia menggunakan mata wang Dinar.

Isnin, 2009 November 02

Petra, Jordan

Petra achieved its greatest importance under the Nabateans, an ancient people whose original homeland was in northeastern Arabia. They migrated westward in the 6th century BC and eventually settled at Petra. Little is known about the Nabateans' history before 312 BC, when Petra was unsuccessfully attacked by Seleucid forces. The High Place of Sacrifice was probably built during this time.

As the Seleucid kingdom weakened in the 2nd century BC, the Nabataean kingdom increased in strength. The chief source of the Nabataeans' prosperity and power was their monopoly on the caravan spice trade that involved such distant places as China, Egypt, Greece, India and passed from the Arabian interior to the coast.

By the 1st century BC the rich and powerful Nabataean kingdom that extended from Damascus in the north to the Red Sea in the south, and Petra was home to as many as 30,000 people. It was during this period that the most impressive structures of Petra were built, including the Treasury, the Great Temple and the Qasr al-Bint al-Faroun.

A significant key to the city's success was the Nabataeans' ability to control and conserve water. Conduits and the remains of terracotta piping can be seen along the walls of the Outer Siq, which was part of an elaborate system for channelling water around the city.

Jumaat, 2009 Oktober 23

Khutbah Jumaat 23102009

Kajang, 23 Oktober – Saya menuju ke masjid di Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Kajang untuk menunaikan solat Jumaat. Saya tiba beberapa minit di SMAP sebelum azan Zohor berkumandang. Para jemaah telah mula hadir beramai-ramai ke sini. Sebelum menunaikan solat Jumaat, khutbah telah disampaikan oleh Ustaz Wan Akashah.

Di dalam khutbah yang pertama, beliau memaklumkan bahawa waktu Zohor pada hari ini ialah pada jam 1:00 petang. Datanglah awal ke masjid supaya sempat mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Beliau juga menyentuh berkenaan orang lelaki sebagai ketua keluarga. Jadilah seorang suami dan bapa yang bertanggungjawab kerana pada hari akhirat nanti, kita akan dipersoalkan jika tidak melakukan amanah ini.

Ustaz Wan Akashah mengulas tentang tajuk kematian. Di dunia kita ada banyak pilihan untuk melakukan sesuatu perkara. Di akhirat, kita cuma diberi dua pilihan iaitu syurga atau neraka. Tidak ada orang yang duduk di tengah-tengah antara syurga dan neraka. Terdapat tiga golongan manusia. 1-Orang yang lupa mati. 2-Orang yang takut mati. 3-Orang yang ingat mati.

Orang yang lupa mati ialah orang yang benci kepada kematian. Orang yang takut mati ialah orang yang berfikiran negatif terhadap kematian. Orang yang ingat mati ialah orang-orang yang membuat persediaan berikut. A-Berbuat baik. B-Sabar menghadapi ujian. C-Segera bertaubat.

Di dalam khutbah yang kedua pula, beliau mengingatkan kepada para jemaah berkenaan bagaimana hendak menyuburkan kasih sayang antara manusia. Saidina Umar r.a. menyebut, amalkan tiga perkara. 1-Apabila bertemu, beri salam terlebih dahulu. Jangan tunggu rakan kita dahulu memberi salam. 2-Beri kelapangan kepada rakan yang datang seperti mencari tempat duduk untuknya jika dia hadir ke sesuatu majlis. Jika dia datang dari jauh, sediakan tempat letak kenderaaan untuknya. 3-Apabila menyebut namanya, sebut nama yang paling disukainya seperti Pak Aji, Ustaz, Cikgu, Dr., Dato’, Tan Sri dan sebagainya. Jangan panggil dengan gelaran yang tidak elok seperti Si Botak, Si Buncit dan sebagainya.

Itu ialah antara isi-isi penting yang sempat saya catat semasa mendengar khutbah Jumaat tadi. Diharap dengan catatan ringkas ini, dapat sama-sama kita bermuhasabah atau pun menghitung diri untuk menuju ke alam yang kekal abadi iaitu akhirat.

Ahad, 2009 Oktober 18

Sua Rasa A'idil Fitri Selangor 2009

Shah Alam, 18 Oktober – Saya, isteri dan dua orang anak kami berada di Program Sua Rasa A’idil Fitri TV9 di Perkarangan Stadium Shah Alam pagi ini. Suasana meriah menceriakan Karnival Sua Rasa A’idil Fitri kerajaan negeri Selangor. Dari awal pagi lagi, orang ramai dan keluarga berduyun-duyun membanjiri kawasan ini.

Karnival Sua Rasa A’idil Fitri diadakan hasil kerjasama kerajaan negeri Selangor dan stesen televisyen TV9 pada 17 dan 18 Oktober 2009. Program Sua Rasa A’idil Fitri kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama TV9 menjadi perintis kerjasama lebih erat kerajaan negeri dan media arus perdana. TV9 merupakan anak syarikat Media Prima Berhad iaitu merangkumi TV3, NTV7 dan 8TV. Saya sekeluarga berkesempatan pergi ke sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan liputan media arus perdana dan kerjasama seperti ini harus diteruskan.

“Lagi sekali program untuk menghampiri rakyat melalui media televisyen, saya berterima kasih kepada TV9 dan rakan-rakan daripada kerajaan negeri Selangor yang bersetuju untuk mengadakan Sua Rasa diadakan satu karnival, semua masyarakat Selangor diminta hadir bersama keluarga,” katanya.

Sementara itu, EXCO Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato Dr Hasan Mohamad Ali melahirkan rasa sukacita dengan program pelbagai dimensi ini.

Pakar motivasi terkenal ini menjelaskan di samping berhibur dengan hiburan berfaedah, orang-ramai juga berpeluang mendapatkan maklumat mengenai agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor”, seperti Skim Mesra Usia Emas, Tabung Warisan Anak Selangor dan Hadiah Anak Masuk Universiti.

Menurut Hasan lagi, karnival seperti ini dapat membuka peluang kepada usahawan untuk meneroka peluang perniagaan dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung ke pesta ini.

“Bukan sahaja dapat menyerlahkan apa yang sedang berlaku di Selangor dari segi pembangunan-pembangunan yang sedang dan akan dijalankan, tetapi saya lihat pedagang-pedagang mempamerkan barangan dagangan mereka daripada peniaga bumiputera, setanding yang kita lihat seperti MCDONALD dan sebagainya. Ini satu perkembangan yang sangat menggalakkan,” katanya, semalam.

Program Sua Rasa A'idil Fitri ini bermula dari jam 8:00 pagi hingga 11:00 malam menyediakan pelbagai gerai jualan dan pameran kepada pengunjung. Hari ini, kami sekeluarga telah pergi ke sini sejak pagi-pagi lagi. Waktu tengah hari, kami mula bertolak pulang kerana anak-anak pun sudah penat berjalan di sekitar karnival ini.

Rabu, 2009 Oktober 07

Penceramah Kursus Membina Blog

Cheras, 7 Oktober - Unit Perkembangan Staf Sekolah Kebangsaan Taman Puteri (SKTP) mengadakan Kursus Membina Blog pada petang ini dan petang esok. Ia untuk Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) fasa yang kedua bagi tahun 2009. Kursus ini diadakan di makmal komputer sekolah.

Saya bertindak sebagai penceramah kursus. Bahan bantu yang saya gunakan ialah MICROSOFT OFFICE POWER POINT dan jaringan internet sekolah. Peserta-peserta kursus yang terdiri daripada guru-guru SKTP, diberikan pengenalan terlebih dahulu berkenaan blog. Bagi yang belum mempunyai blog, mereka ditunjukkan cara-cara asas membina blog. Bagi yang telah mempunyai blog, mereka ditunjukkan pula cara-cara untuk menambah alat ke dalam blog.

Nota ringkas yang saya telah edarkan kepada peserta-peserta kursus, dimuatkan di sini:

MARI BINA BLOG

Mungkin ada di antara anda yang belum tahu tentang blog dan tertanya-tanya tentang blog. Maka, saya akan mengulas sedikit tentang blog menurut apa yang saya tahu.


Apakah Itu Blog?

Blog ialah singkatan daripada perkataan web log. Ia sesuatu yang bersifat peribadi iaitu lebih kepada maklumat diri daripada pembina blog itu sendiri. Walau pun begitu, ada yang menggunakan blog untuk maklumat sesuatu institusi atau pun persatuan. Ia terserah kepada tujuan pembinaan blog tersebut. Blog dibina oleh pencipta blog agar mudah untuk diselanggara. Jadi, bagi anda yang masih kurang faham dengan bahasa pengatur caraan untuk membuat sesebuah blog, kini ianya tidak lagi menjadi masalah. Apabila anda sudah boleh membuat sebuah akaun e-mel di internet, maka dalam membina blog pun ianya adalah mudah.


Cara Membina Blog:

Seperti halnya dengan e-mel, dalam membuat blog pun kita harus mempunyai sebuah akaun terlebih dahulu. Oleh kerana itu, sila daftarkan diri anda terlebih dahulu di salah satu web pembinaan blog percuma. Ia banyak terdapat di internet dan yang popular setakat ini ialah https://www.blogger.com

Dalam kesempatan kali ini, saya akan mengulas tentang cara pembinaan blog di https://www.blogger.com

Setelah anda melayari laman web di atas dengan Bahasa Malaysia, perkara yang perlu anda lakukan ialah:

1-Klik perkataan " REKA-LAH BLOG ". 2-Daftar akaun blogger dengan alamat e-mel anda. 3-Isi Tajuk Blog dengan nama yang anda ingin tampilkan. Sebagai contoh, Abdul Malik. 4-Tulis Alamat Blog anda di ruangan Alamat Blogspot. Sebagai contoh, abdulmalik.blogspot.com 5-Ia memerlukan pengesahan perkataan jika anda diminta berbuat demikian.6-Seterusnya klik perkataan “TERUSKAN”. 7-Pilihlah templat yang anda inginkan. Kemudian klik perkataan “TERUSKAN”. 8-Penuhkan maklumat-maklumat di ruangan "Tetapan" supaya masa, tarikh, hari dan sebagainya adalah tepat mengikut waktu di lokasi anda sekarang iaitu Malaysia. 9-Selepas itu, anda sudah boleh mula menulis. Setelah selesai menulis, klik perkataan “TERBITKAN CATATAN”.


Pengisian Blog:

Bagi mereka yang baru mula membina blog, biasanya mereka keliru selepas mendaftarkan blog mereka. Apa yang harus diisi ke dalam sesebuah blog? Isi untuk sesebuah blog tentu saja terserah kepada pemilik blog itu sendiri. Apakah yang mahu ditulis? Perjalanan kisah hidup, berita, peristiwa, ilmu pengetahuan atau pun apa sahaja. Di sini saya menyarankan, isilah blog dengan minat ataupun perjalanan kisah hidup anda kerana ramai pembaca blog yang berminat tentang kisah kehidupan anda sehingga mereka akan tertarik untuk membaca tulisan-tulisan anda. Bagi sesebuah institusi atau pun persatuan tertentu, selalu kemaskinikan catatan. Begitu juga dengan blog peribadi, selalu dikemaskini dan bina jaringan dengan blog atau web yang lain untuk meningkatkan pengunjung ke blog anda.

SELAMAT MENCUBA.

Sabtu, 2009 September 26

Syawwal 1430H

Lembah Klang, 26 September - Ketika saya dan keluarga melalui lebuh raya di sekitar Lembah Klang sebentar tadi, kelihatan kenderaan sudah mula banyak. Ramai warga kota yang pulang dari kampung masing-masing mula memasuki ibu kota. Walau pun esok masih ada satu hari lagi cuti, sudah ada yang merancang pulang lebih awal ke rumah masing-masing. Ini untuk mengelak daripada kesesakan yang lebih teruk yang dijangka akan berlaku esok.

Tadi, saya dan keluarga bertolak dari kampung di Pahang ke Lembah Klang. Pada hari raya A'idil Fitri yang ketiga, kami pulang ke Pahang. Sebelum itu, hari raya yang pertama, kami berada di kampung keluarga isteri saya di Melaka. Giliran tahun ini ialah di Melaka terlebih dahulu kerana tahun lepas giliran di Pahang.

Jika dihitung daripada awal, sekolah telah mula bercuti sejak hari Jumaat 18 September yang lalu. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan cuti khas untuk persediaan menyambut A'idil Fitri. Ini untuk mengelakkan kesesakan di jalan raya kerana ramai yang telah mula balik ke kampung. Esok, 8 Syawwal 1430H, bermakna sekolah bercuti selama 10 hari sempena sambutan A'idil Fitri kali ini.

Tahun ini umat Islam di Malaysia telah berpuasa selama 29 hari iaitu sebulan. Ini kerana bulan-bulan Islam untuk sebulan ada yang 29 hari dan ada yang genap 30 hari. Ia bergantung kepada pengiraan hari dan kaedah melihat anak bulan (hisab dan rukyah). 1 Syawwal 1430H bersamaan dengan 20 September 2009 iaitu hari Ahad.

A'idil Fitri atau pun Hari Raya Fitrah ialah hari raya umat Islam selepas berpuasa sebulan di bulan Ramadhan. Dapatlah difahami bahawa hari raya itu sebenarnya adalah bagi mereka yang berpuasa di bulan Ramadhan sahaja dan tidak ada makna hari raya bagi mereka yang tidak berpuasa. Dikecualikan bagi mereka yang tidak diwajibkan berpuasa.

Sesungguhnya orang yang tidak berpuasa tidak akan memperolehi hati dan jiwa yang bersih. Apabila hati dan jiwa tidak bersih, mereka tidak akan patuh kepada ajaran Islam. Juga tidak ada perayaan bagi mereka yang tidak patuh kepada ajaran Islam.

Sabtu, 2009 September 12

The Bible or The Qur'an

AL-QUR'AN IS THE FINAL WORD OF GOD:

No doubt that the Qur'an is the final word of God, revealed not only to the Muslims but to the whole mankind. Muhammad (peace be upon him) was the final Messenger of Allah to convey the universal message of the Qur'an.

AL-QUR'AN:
"Say, "O men! I am sent unto you all, as the Messenger of Allah ..." (al-A'raf:158)


In view of the fact that the Qur'an is revealed to mankind as a whole irrespective religion, let us come together and read and understand its message. The Qur'an welcomes anyone who want to prove its authenticity and originality. In fact, it is opened to challenge to examine its miracle.

AL-QUR'AN:
"And if you are in doubt as to what We have revealed to Our servant then produce a surah like thereunto." (al-Baqarah:23)

Since the revelation of the Qur'an, many writings had been produced yet none has paralleled the Qur'an in its eloquence, loftiness of style and in accuaracy of prophecies.

AL-QUR'AN:
"Say: "if the whole of mankind and jinns were to gather together to produce the like of this Qur'an, they could not produce the like thereof, even if they backed up each other with help and support." (al-Israk:88)

APAKAH ERTI PERKATAAN QUR'AN DAN APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AL-QUR'AN?

"Qur'an" menurut pendapat yang paling kuat seperti yang dikemukakan oleh Dr. Subhi as-Salih bererti "bacaan", asal kata Qara'a. Kata al-Qur'an itu berbentuk masdar dengan erti isim maf'ul iaitu maqru' (dibaca).

Di dalam al-Qur'an sendiri, ada penggunaan kata "Qur'an" dalam erti demikian seperti tersebut di dalam ayat 17 dan 18, surah al-Qiyamah. Kemudian digunakan kata "Qur'an" itu untuk al-Qur'an yang dikenali sekarang ini. Definisi al-Qur'an ialah: "Kalam Allah S.W.T. yang merupakan mukjizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ia ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah".

Sabtu, 2009 September 05

Nisfu Ramadhan 1430H

Syukur kepada Allah S.W.T. kerana kita masih bernafas dan berada di pertengahan bulan Ramadhan. Hari ini, 15 Ramadhan 1430H dan dikenali sebagai Nisfu Ramadhan. Marilah sama-sama kita menghitung diri berkenaan dengan ibadat puasa kita selama 2 minggu ini. Adakah ia telah mencapai tahap yang memuaskan atau sebaliknya?

Ramai umat Islam yang berpuasa. Alhamdulillah. Walau pun begitu, adakah mereka yang berpuasa itu kesemuanya menunaikan solat? Jawapannya, sudah tentu anda tahu. Ada yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Padahal solat merupakan tiang agama. Jika seseorang itu tidak solat, orang lain tidak boleh menggantikan solatnya. Ada pun puasa, jika dia tidak mampu menggantikannya, orang lain boleh menggantikan puasanya. Juga boleh diganti dengan membayar denda.

Jelas di sini bahawa ibadat solat lebih utama daripada ibadat puasa. Terdapat masyarakat Islam yang melatih anak-anak mereka untuk berpuasa sejak kecil lagi. Dalam masa yang sama, anak-anak tersebut perlu dilatih untuk bersolat. Kadang-kadang terdapat ibu bapa yang memaksa anak-anak kecil mereka untuk berpuasa walau pun anak itu sudah separuh mati menahan kelaparan tetapi tidak pula menyuruh mereka untuk bersolat. Ini salah faham yang terjadi di dalam masyarakat kita. Islam menyuruh kanak-kanak yang berumur 7 tahun supaya bersolat. Sehinggalah berumur 10 tahun, jika tidak solat, dia boleh dipukul. Puasa tidak pula begitu. Ini menunjukkan bahawa pendidikan solat lebih didahulukan daripada memaksa kanak-kanak tersebut untuk berpuasa.

Turunnya perintah wajib solat ialah ketika berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj, setahun sebelum tahun Hijrah. Puasa bulan Ramadhan pula, mula diwajibkan pada tahun kedua Hijrah iaitu tahun kedua sesudah Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Kota Mekah ke Kota Madinah.

Jumaat, 2009 September 04

Masjid al-Aqsa

Yang mana satu Masjid al-Aqsa?

Apa yang kita tahu berkenaan Masjid al-Aqsa?

Adakah kita perhatikan setiap kali disebut nama Masjid-al-Aqsa?

Maka media Arab mahu pun media antarabangsa akan menampilkan gambar DOME OF THE ROCK (Masjid Qubah as-Sakhrah) sebagai Masjid al-Aqsa. Tujuan sebenarnya adalah "pembodohan" kepada dunia. Umat Islam hendaklah berhati-hati.

Apa yang akan terjadi bila Masjid al-Aqsa yang sebenarnya dihancurkan?

Apa yang akan kita lakukan?

Tidak ada yang mengutuk atau mempersalahkan kebingungan antara Masjid al-Aqsa dan Masjid Qubah as-Sakhrah yang telah didirikan. Umat Islam harus tahu dan menyedari kesalahan ini dan membuat penjelasan sebenarnya kepada anak-anak mahu pun masyarakat umum berkenaan Masjid al-Aqsa.

Masjid al-Aqsa disebut sebagai Masjid Biru kerana mempunyai kubah berwarna biru. Ada yang mengatakan kubahnya berwarna hijau. Kini warna biru atau hijaunya sudah pudar. Di masjid inilah Nabi Muhammad s.a.w. singgah ketika melaksanakan Israk dan Mikraj.

Masjid Qubah as-Sakhrah pula mempunyai kubah berwarna kuning keemasan dan dikenali sebagai DOME OF THE ROCK. Sebahagian orang mengatakan ia adalah Masjid Khalifah Umar al-Khattab r.a. yang dibangunkan setelah penaklukan Bayt al-Maqdis yang pertama kali.

Tujuan utama media Yahudi menampilkan Masjid Qubah as-Sakhrah sebagai Masjid al-Aqsa adalah supaya Yahudi boleh menghancurkan al-Aqsa dan membangunkan SOLOMON TEMPLE (Kuil Sulaiman) di tapak runtuhan al-Aqsa.

Umat Yahudi meyakini dalam Kitab Perjanjian Lama (Taurat) bahawa akan datang di akhir zaman seorang yang mereka anggap sebagai dewa penolong Yahudi dinamakan MESSIAH (al-Masih, dalam bahasa Arab) apabila mereka mengadakan ritual agama di SOLOMON TEMPLE dengan mempersembahkan sapi betina berwarna merah.

Saya membuat catatan ini kerana saya telah pergi menziarahi masjid-masjid tersebut ketika menuntut di University of Jordan. Ini kerana Jordan dan Palestin berjiran. Masjid an-Nabawiy dan Masjid al-Haram pula terletak di Arab Saudi. Jordan dan Arab Saudi juga berjiran. Umat Islam mesti mengambil tahu di mana letaknya Masjid al-Haram, Masjid an-Nabawiy dan Masjid al-Aqsa.

Isnin, 2009 Ogos 31

Hari Kemerdekaan 2009

Kajang, 31 Ogos - Penduduk-penduduk di Jalan 3/4, Fasa IXORA, Impian Murni telah menggantung bendera Malaysia di kawasan sekitar rumah. Saya dan jiran-jiran mempamerkan Jalur Gemilang sempena negara kita menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52 hari ini.

Di peringkat kebangsaan, sambutan diadakan di Dataran Parlimen Kuala Lumpur pagi tadi. Sambutan yang bertemakan '1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan'. Sambutan tahun ini diadakan secara ringkas dan sederhana kerana negara berdepan dengan wabak selesma babi Influenza A (H1N1) dan umat Islam pula sedang mengerjakan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Hari ini, 10 Ramadhan 1430H.

Perayaan Hari Kemerdekaan kali ini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila buat julung kali ia diadakan di Dataran Parlimen yang menjadi simbol demokrasi berparlimen di negara ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-52.

Rukun Negara Malaysia مبدأ الدولة ماليزيا
1. Kepercayaan Kepada Tuhan الإيمان بالله
2. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara الولاء للملك والوطن
3. Keluhuran Perlembagaan التمسك بالدستور
4. Kedaulatan Undang-undang سيادة القانون
5. Kesopanan dan Kesusilaan حسن الأخلاق والسلوك

Klik sepanduk Jeehan al-Maliziy untuk ke laman utama.

Catatan di Laman Utama

My Aquarium

Google Maps

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Seluruh Alam


HAK CIPTA TERPELIHARA

jeehan75@yahoo.com.my
www.jeehan75.blogspot.com