Kajang, 14/12/2025 (Ahad) - Tadika tempat anak keempat dan anak kelima saya belajar telah mengadakan Majlis Ihtifal Sesi 2025/2026 pagi tadi di Dewan Masjid Penjara Kajang. Tadika Permata Harapan (TPH) telah beroperasi sejak awal tahun 2010 dan mula menempatkan pelajar-pelajarnya secara rasmi pada 4 Januari 2010. Anak sulung, anak kedua dan anak ketiga saya juga merupakan bekas pelajar tadika ini. Sekarang, anak keempat dan anak kelima pula merupakan pelajar di sini. Pelajar-pelajarnya terdiri daripada kanak-kanak yang berumur sekitar empat, lima dan enam tahun.Anak kedua dan anak ketiga sedang berada di asrama tempat pengajian masing-masing. Anak sulung yang juga tinggal di asrama, minggu ini dia ada pulang ke rumah. Saya, isteri, anak sulung, anak keempat dan anak kelima telah tiba di perkarangan Masjid Penjara Kajang pagi tadi. Bertolak dari depan pintu pagar rumah TJ beberapa minit sebelum jam 9:00 pagi. Di dewan masjid, majlis dimulakan dengan kata-kata aluan pengacara majlis. Perarakan masuk perasmi majlis. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan bacaan Qunut Nazilah. Seorang pelajar TPH membacakan doa pembukaan. Anak kelima saya membacakan surah an-Nasr. Seorang pelajar pula membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu dan seorang lagi pelajar membacakan terjemahan ayat-ayat dalam Bahasa Inggeris.
Atur cara program diteruskan dengan persembahan multimedia (video montaj), persembahan pembukaan semua pelajar, ucapan Pengetua TPH, ucapan pengerusi Tadika Alami Asasi Minda (AAM), ucapan perasmian, gimik perasmian , persembahan kelas Little Hafiz berkenaan Palestin (anak keempat dan anak kelima terlibat), persembahan pelajar-pelajar Tadika AAM, persembahan kelas 4 tahun (2025), persembahan kelas 5 tahun (2025), persembahan kelas 6 tahun (2025), acara uji minda sesi 1, persembahan penutupan semua pelajar, persembahan syair, persembahan bercerita, acara uji minda sesi 2, penyampaian hadiah semua pelajar, penyampaian sijil tamat prasekolah kelas 6 tahun, penyampaian anugerah (anak keempat menerima Anugerah al-Qur'an Terbaik dan Anugerah Terbaik Keseluruhan), saya dan isteri naik ke atas pentas, saya memberikan ucapan, sesi bergambar dan kami juga menyampaikan hadiah kepada guru-guru selepas majlis. Jamuan ada disediakan di dewan makan.
Anak kelima saya berumur lima tahun pada 2025. Anak keempat saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2025, anak ketiga saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2016, anak kedua saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2013 dan anak sulung saya telah menerima Sijil Tamat Persekolahan Prasekolah pada tahun 2011. Keempat-empat mereka telah tamat prasekolah di tadika yang sama dan berumur enam tahun pada 2011, 2013 dan 2016 dan 2025.
Majlis pagi tadi berakhir pada waktu tengah hari. Tetamu yang hadir mula beredar meninggalkan majlis selepas jamuan. Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan TPH kerana telah berjaya mengadakan Majlis Ihtifal Tadika Permata Harapan Sesi 2025/2026 dengan tema ihtifal 'Si Kecil Menggapai Bintang'. Motto tadika ialah 'Membina Generasi Pintar Soleh'.

%20Pocket%202025.jpg)


%20November%202025.jpg)



